TELUR KUKUS SERI RAMPAI...

Tags

P1290710
Salam semua, dah makan tengah hari?..Hari ni mat masak simple2 saja, ada belen lauk semalam, dan dah panas, masih boleh makan lagi. Mat kan jenis tak kesah, asal lauk tu elok, tak rosak, boleh saja...Cuma sayur mat suka lah yang baru. Setakat ikan, ayam atau daging, lauk dingin beku pun ok. Mat sebenarnya dah lama nak cuba resipi mudah ni, mula2 nampak kak nor secubitgaram buat, di sini...Terima kasih kak Nor. Nampak sedap jee, dah lah senang pulak tu, kukus saja. Mat buat guna 3 biji telur (sama macam kak nor) saja sebab penduduk rumah tak ranmi. Psrtt cun tak bekas chenta tu?..Jauh tu datang dari Jepun. Kiriman sorang blogger masakkan ni nama "Hanisah Ogawa"....Thanks again Kak Hani.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
1 biji bawang besar, didadu
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 ulas bawang putih, dicincang (resipi asal tak letak)
1 biji tomato, buang biji dan dadu kecil
1 tangkai daun bawang, hiris halus
2 batang crab stick, hiris kecil
1 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Secubit gula
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser acuan pilihan dengan sedikit mentega. Satukan semua bahan2 di atas kecuali hirisan daun bawang untuk hiasan. Kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit.
  2. Keluarkan dari kukusan, biar suam dan hias dengan hirisan daun bawang, hidangkan bersama sos sebagai salah satu pelengkap hidangan anda..