MOIST CHOCOLATE CAKE.....

Tags

rsz_dsc_0957
Petang semua....wahhh kek cekelet lahh, jahanam diet semua. Ni pun semalamnya..hari ni?...haha tengok lah kalau ada..ada lah, kalau tak de takdelah yea. Inikek coklat yang biasa mat buat. Resipi kek ni asal dari mana pun tak pasti, tapi seingat mat lah dapat dari dapur Datin Jun, lama dulu. Kek ni lembap dan rasa mat kalau nak dikukus pun boleh, cuma kena guna api sederhana, kalau api kuat kang takut jadi gunung berapi. Anda boleh tuang ganache atasnya bagi nampak lebih mengancam. Mat hias tepi dia dengan croquant, dulu mat tatau apa croquant tu, lepas tu terbaca kat satu majalah ni dia tulis, croquant bertih jagung yang dikisar..hmm, kalau majalah tu tipu, maknanya mat pun tipu lah kan. Tapi benda2 macam ni sebenarnya penyelamat selain mencantik kan penampilan kek kita. Kenapa mat kata penyelamat?..Kerana kalau kek kita masa belum hias nampak agak kurang sempurna, dan lepas hias ia akan nampak lebih berketrampilan dan menarik... Ok jomm lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula perang hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.