"JELITA" MASIH SUDI MENGORAT AKU!..

Assalammualaikum, salam malam, entri terakhir malam ni mat buat penghargaan untuk Majalah Jelita Februari 2012, atas kesudian menyunting beberapa resipi untuk dimuatkan dalam majalah beliau, terlebih dahulu ucapan terima kasih pada penyelaras baru ruang resipi untuk majalah Jelita musim ini iaitu Norashikin Md Nor. Tapi tak lupa juga ucapan terima kasih pada bekas penyelaras Jelita dulu, Puan Lily Haslina, kerana beliau lah yang menghidu kami2 blogger masakan dan diberi peluang menghiasi dada ruangan resipi dalam majalah jelita. Entri resipi DTS ke Jelita untuk kali pertama di sini... Kalau ada orang yang tanya kami, bangga ke resipi u all dapat masuk Jelita.. Eh mesti lahhh, serius, malas nak hipokrit, walaupun mulut menafikannya, dalam hati tetap rasa bangga...bangga tu bukan riak tapi untuk memotivasi diri sendiri, satu lagi pada mat, makin ramai blogger masak yang dapat peluang ke Jelita, lagi meriah dan secara tak langsung menaikkan nama blog masakan... Oh yea tahniah Jelita kerana ada satu ruangan untuk "Cef Blogger" yang mana ia akan review blog2 masakan terpilih, soo sweettt.... (^__*)

Ok, untuk kali ini mat diminta menghantar 7 jenis kek sebagai menu untuk minum petang. Sebenarnya dateline telah diberi, tapi ada sedikit pertindihan dengan satu lagi benda yang mat harus siapkan. Maka berlaku kesilapan bila Kak Batik Horlick Sakura tu terlupa nak tulis "Horlicks" dalam resipi..grrrr...tu pun mat dapat tau lepas sorang teman FB inbox dan tanya. Bila check2 balik baru prasan, jadi bagi mereka yang ingin membuatnya sila tambah Horlicks kat situ sebanyak 1/2 cawan. Dan terima kasih mat pada Sunah Sakura, atas idea bernas anda. Yang lain2 tu macam biasa lah, anda tau bila dah beli nanti....


Di samping tu Blogger Noosha juga turut menghiasai Jelita kali ini dengan resipi2 yang sungguh menarik dan "seksi", (gambar kiri) blog beliau di sini.. Tahniah Noorsha. Dan tak lupa pada Chef Amer, pakar membuat coklat yang turut menjadi penyeri....bess2 resipi Chef Amer, nak try nanti..dan Chef Amer juga ada membuka kelas membuat coklat dan masakan2 lain, ke sini, untuk lebih maklumat. Pada anda semua Tahniah yeaa.. dan terima kasih sekali lagi Jelita.

INDAH BERSINAR BINTANG KEJORA
WALAU JAUH NUN DI ANGKASA
KASIH KU UCAP SEHARUM SEROJA,
MOGA JELITA ANGGUN SENTIASA...