Tampilkan postingan dengan label Media. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Media. Tampilkan semua postingan

"JELITA" MASIH SUDI MENGORAT AKU!..

Assalammualaikum, salam malam, entri terakhir malam ni mat buat penghargaan untuk Majalah Jelita Februari 2012, atas kesudian menyunting beberapa resipi untuk dimuatkan dalam majalah beliau, terlebih dahulu ucapan terima kasih pada penyelaras baru ruang resipi untuk majalah Jelita musim ini iaitu Norashikin Md Nor. Tapi tak lupa juga ucapan terima kasih pada bekas penyelaras Jelita dulu, Puan Lily Haslina, kerana beliau lah yang menghidu kami2 blogger masakan dan diberi peluang menghiasi dada ruangan resipi dalam majalah jelita. Entri resipi DTS ke Jelita untuk kali pertama di sini... Kalau ada orang yang tanya kami, bangga ke resipi u all dapat masuk Jelita.. Eh mesti lahhh, serius, malas nak hipokrit, walaupun mulut menafikannya, dalam hati tetap rasa bangga...bangga tu bukan riak tapi untuk memotivasi diri sendiri, satu lagi pada mat, makin ramai blogger masak yang dapat peluang ke Jelita, lagi meriah dan secara tak langsung menaikkan nama blog masakan... Oh yea tahniah Jelita kerana ada satu ruangan untuk "Cef Blogger" yang mana ia akan review blog2 masakan terpilih, soo sweettt.... (^__*)

Ok, untuk kali ini mat diminta menghantar 7 jenis kek sebagai menu untuk minum petang. Sebenarnya dateline telah diberi, tapi ada sedikit pertindihan dengan satu lagi benda yang mat harus siapkan. Maka berlaku kesilapan bila Kak Batik Horlick Sakura tu terlupa nak tulis "Horlicks" dalam resipi..grrrr...tu pun mat dapat tau lepas sorang teman FB inbox dan tanya. Bila check2 balik baru prasan, jadi bagi mereka yang ingin membuatnya sila tambah Horlicks kat situ sebanyak 1/2 cawan. Dan terima kasih mat pada Sunah Sakura, atas idea bernas anda. Yang lain2 tu macam biasa lah, anda tau bila dah beli nanti....


Di samping tu Blogger Noosha juga turut menghiasai Jelita kali ini dengan resipi2 yang sungguh menarik dan "seksi", (gambar kiri) blog beliau di sini.. Tahniah Noorsha. Dan tak lupa pada Chef Amer, pakar membuat coklat yang turut menjadi penyeri....bess2 resipi Chef Amer, nak try nanti..dan Chef Amer juga ada membuka kelas membuat coklat dan masakan2 lain, ke sini, untuk lebih maklumat. Pada anda semua Tahniah yeaa.. dan terima kasih sekali lagi Jelita.

INDAH BERSINAR BINTANG KEJORA
WALAU JAUH NUN DI ANGKASA
KASIH KU UCAP SEHARUM SEROJA,
MOGA JELITA ANGGUN SENTIASA...

DIGI WWWOW AWARD.....TERIMA KASIH SEMUA...

Congratulations! You are one of the six awesome nominees in the running for the
Top Makan-Makan Award! Experience butterflies in your stomach right before they announce your BIG win – hey, there’s nothing wrong with being optimistic – at the
DiGi WWWOW Awards Night on 12 July 2011, 7 p.m. at Pentas 1, KLPAC.

(Petikan dari email bertarikh 28 Jun 2011)

Salam semua....sebenarnya mat dah lama tau hal ni, itu pun terima kasih mat pada Ben Ashaari yang suruh mat check email, dannnn..hehe anda tau dah kan...Saja lah lewatkan letak entri ini. Pasal kehadiran mat tu...huhu, biarlah rahsia antara kami, perghh skandal..pengsann >_< . Tujuan entri ni mat buat, ialah untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang vote DTS, terutama pada pengunjung2, followers, silent readers, member2 kelab dts-mat gebu dan sesiapa saja. Pada blogger2 yang memberi sokongan moral..terima kasih tak terhingga...Jangan tanya menang ke, sampai sibuk2 sangat nih. Pada mat kan, bukan nak kata...Apa pun keputusan, mat semua ok saja, dapat jadi antara 6 peserta akhir pun sudah syukur alhamdulillah... Yelah kita kan blogger masak2 cikai, 2nd class pulak tu, pada mat ini dah cukup membanggakan.

Yang ni mat nak cerita sapa yang bertanggungjawab hingga mat sertai DIGI ni, Ben Ashaari, adalah penyebabnya. Walau apa pun kata2 blogger pasal Ben, pada mat dia tetap membantu DTS, terutama dari segi sokongan moral. Tanpa Ben Ashaari, sudah pasti mat sendiri tidak sedar kewujudan DIGI Wwwow Award ni pada mula2 dulu, dia juga yang mengesyorkan mat sertai nya. Terima kasih ben untuk segala2nya, moga Allah swt memilihara persahabatan kita...

Akhir kata, terima kasih mat juga pada Radio ERA(terutama segmen pagi di ERA- Pak Nil, Ray dan Hanif) dan Harian Metro. Ucapan tahniah mat pada semua blogger2 yang berjaya menjadi 6 pencalonan akhir Anugerah Digi Wwwow Award...Moga hubungan antara kita blogger2 bertambah erat....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU......

JELITA MARCH 2011......ADA KAK UMMI KUANTAN!

(KREDIT GAMBAR DARI BLOG "KAK UMMI KUANTAN")

Assalammualaikum, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya maka telah diberi mat gebu peluang bernafas dan menulis N3 penuh bermakna ini... Mat rasa teruja dan terharu, gembira pun ada....Dengan rasminya kekanda ku, Kak Ummi Kuantan telah dipinang Jelita. Resipi2 exclusif beliau telah tersiar di majalah Jelita March 2011.....Kenapa aku rasa bangga?..Sebab utamanya kami sama2 blogger masakan, dan bukan nak puji kami blogger2 masakan antara blogger terbersih dari gossip panas, buruk2 sangka dan tuduh menuduh. Dengan penghias kulit untuk keluaran kali ini menampil kan Dato Siti Nurhaliza, orang Pahang dan secara kebetulan kak ummi pun orang Pahang, ngamm kann....


Ini sebahagian dari gambar2 resipi nukilan dari idea kak ummi yang tersiar di Jelita, bukan nak puji, kak ummi ni seorang yang cekap, ibu bekerjaya tapi sempat memasak dan skill fotografi dia juga begitu terserlah kann....perghh waa tabik lahh sama luu kak ummi.....kak, esok kita sambung gossip eks...wahhh...ada cerita baru...alah cerita resipi laa apa koo ingat aku suka ngutuk2 blogger kee...erkk, tak de masa lah benda2 macam tu, bikin dosa keringg siaaaa...

Dan..dan..dan.ishh malu lahh nak tulis..tak sangka terselit juga resipi mat gebu dalam ruangan langkah demi langkah...haha, segan ai...merah pipi gebu mat gebu nihh, macam nak selubung dalam selimut pulak sebab malu...hahaha...apa pun ucapan terima kasih mat pada Puan Lily Haslina Nassir, dia ni sungguh peka dan sungguh sensetif dalam era media cetak masa kini, dan kak lily ni pada mat seorang yang cerdik dan beliau tidak memandang rendah blogger masak2 seperti kami...terima kasih kak lily....dan juga pada geng2 lain, kak nor secubit garam, kak liza, mamafami, kak maz bahrain dan mereka2 yang terlibat...eh pesal aku over pulak nihh...hahaha, untuk cerita lanjut anda boleh lunsuri lelaman sawang kak ummi di sini.....

SAJI TAK MENEPATI JANJI...JAHANAMMM!!!...

Kerbau dipegang pada talinya...Manusia dipegang pada janjinya...Sepatutnya bagi manusia yang berakal, berpendidikan serta berilmiah, harus memandang serius peribahasa tadi. Salam untuk semua, N3 mat letak sebagai tidak rasa puas hati terhadap majalah SAJI yang paling femes tu...dengan mempertengahkan resipi2 origanal (konon)...dan gambar2 cantik memikat sampai ianya juga menerima "Anugerah emas MPA Magazine Awards 2009"....apa maknanya dapat award segala tapi sikap menepati janji ibarat mencurah air ke daun keladi....

Kes kecurian gambar "kek kukus buah-buahan" milik tiffinbiru, pada majalah saji keluaran Julai 2010, sungguh mengecewakan mat. Panggilan demi panggilan selama 5 hari berturut2...baru lah dapat berbicara dengan Editor yang tak tau apa2 pasal kes tu (Puan Nur Aishah, tolong jangan pandang remeh hal macam ni!!!..) dan juga 2 orang pekerja sorang lelaki bernama En Rosli dan seorang wanita (lupa nak tanya nama dia..kata lah si "P"), tu jelah...Kemudian lepas mat terangkan, depa siap kata ok, akan siarkan permohonan maaf pada keluaran September 2010, memandangkan keluaran Ogos 2010 tak sempat. Mat pun rasa lega sikit lah....Boleh baca kes SAJI tu di sini....

Tapi semalam, mat beli, dan tengok sendiri, haram tak de apa pun pasal permohonan maaf tu...sebelum ni geng2 blogger masak telah memaklumkan pada mat, terima kasih pada kak ina KL dan mamafami. Tapi mat ni jenis kalau tak aku tengok sendiri, rasa tak puas hati. Semalam call SAJI, depa kata tanya editor, tapi editor tak de...lepas tu call lagi, haram tak de sorang pun angkat, jemu dah aku dengar lagu pengkebumian tu.. Hari ni sebelum buat N3, mat call lagi 2 kali, tak de juga....hmmm sabar..sabar..sabar.... Mat bukan nak kecoh tak tentu pasal, alah setakat pic kek pun macam nak apa, cuma itu hak kita (sementara masih bernyawa), walau pun kecil saja.. Mereka ni kalau kita tak "gasak", tengok lah, keluaran2 akan datang tah pic kek sesiapa pulak kena "CURI"....teruknyaaa... SAJI, tolong lah tanam sikap jujur dan amanah pada kakitangan anda terutama pada yang berkenaan......

PERTANDINGAN PENCARIAN TETAMU!!...CHEF NORZ...

Assalammualaikum semua, sedikit N3 selingan. Anda kenal Chef Selebriti Norzalina Nordin?..Juga penulis novel hebat selain pesonaliti TV dan juga sering muncul di majalah2 dan akhbar2 ternama di Malaysia. Kehebatannya juga memang telah diuji...Serius ni, mat sendiri telah bersua secara peribadi dengan beliau ketika Kak Lina (or Kak Norz) singgah di pondok hamba. Apa yang anda lihat di dalam kaca TV, begitu lah juga sikapnya di luar...psstt..tau tak, dalam novel tulisan beliau berjudul "Menanti Kasih"...ada terselit watak "Mat Gebu" dalam tuu...hehehe, segan lahh...

Di sini mat ingin mewar-warkan satu pertandingan pencarian tetamu seramai 4 orang dan pemenang akan diraikan oleh Chef Norz sendiri, tentulah dengan air tangan beliau yang sudah pasti sedap... Syarat2 nya anda boleh lihat dalam gambar diatas, klik untuk lebih jelas lagi.... Tarikh tutup penyertaan 31.10.2010 dan tarikh makan malam bagi pemenang pada 27.11.2010.... Sekian wassalam...