ORANGE CHOCO CAKE...SUARA SAPA TUU!!

Tags

P1290911
Salam malam semua, sebelum tidur ni mat share satu resipi kek oren yang telah mat ubah sikit, atau bahasa mat gebu, derhakakan. Sikit saja, tak banyak. Terdetik nak buat kek ni, selepas nampak ada oren sebiji dalam peti sejuk, masih elok, mungil dan segar, jadi mat mula lah nak buat satu kek ni, resipi asal dari Chef Wan, kalau tak silap, mat salin lama dah sekitar tahun 90-an lagi. Tapi kali ni mat saja nak test letak sedikit coklat, kata orang, orange - chocolate ni ngam. Tapikan, memang sedap, not bad lah. Hmm sebenarnya dalam sibuk2 tadi, mat agak terlepas pandang, asyik memikirkan satu perkara sampai mat tersilap tuang dalam acuan agak besar dan hasilnya kek agak nipis dan leper..huhu tak puas hati sungguh...Grrrrrr......

P1290918
Nak menyesal pun tak gunakan, jadi belasah saja lah. Bila masak, kek ku alah hai, kiut beno gamaknya, dah mula nak hangin tadi, tapi istighfar banyak2,kan..tak pe kek tu yang penting rasa dia sedap...sedap2 pun cuma boleh hadap 1 - 2 keping jee..aduhh cobaaannnn....(tapi kan rasa nak rempat 1 lagi lah sat lagi...hehe). Kek ni tak manis sangat, bau oren agak kuat, sebab penggunaan parutan kulitnya serta jusnya. Pada bukan penggemar oren, mat minta maaf yea, sebab ini bukan untuk anda.. Haaa..sebelum mat tulis resipi, cer anda klik sini, dengar suara ini orenggg....amacam?...ada bagus tak?... (^_*)

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan gula kastor - asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred A, asingkan kuning dan putih
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya (pastikan parut bahagian orange sahaja)
3/4 camca besar serbuk koko*
1 1/2 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga jadi pes)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih, tambah kuning telur dan putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren dan putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang-seli dengan jus oren, hingga habis putar rata dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih dan masukkan 1 camca besar gula yang diasingkan tadi, putar hingga kental. Kaub balik adunan putih telur dalam no. 2, hingga sebati.
  4. Asingkan 4 - 5 camca besar adunan, dan bancuh dengan pes coklat tadi, kacau rata. Tuang adunan plain dalam tin kek, ratakan dan tompok2kan adunan coklat, lorek dengan hujung chop stick 4 - 5 kali. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihidang...