Salam petang semua, sibuk ke? Petang baru dapat bersiaran di blog DTS..kalau ikut hati macam nak cuti je ni hari. Mat pun masak ala kadar saja. Untuk kali ni mat share resipi chap chai, hooo ini macam punya masakan pun nak letak ke?.. Heyyy, bukan semua budak2 muda tau dan lagi satu masakan ni cepat dan sesuai untuk mereka2 yang sibuk. Mat faham bagi yang bijak pandai memasak, mereka tak pandang resipi2 macam ni, takpe. Sebagai seorang blogger masakan kita perlu ada sikap profesional, apa2 sekali pun yang kita letak diblog, tiada paksaan untuk orang lain membuatnya dan jika mereka buat dan oter sedikit sebanyak, mat memang tak kesah. Kalau mereka teringin nak cuba, silakan, taknak pun takpe, anda masuk dan menjengah ke blog DTS ni pun sudah cukup bagus dan berterima kasih. Pasal BL (backlink) tu tak usah lah kita besar2kan isu ini, setakat BL pada tempat yang kita ambik resipi pun sudah memadai. Dan mat letak entri ini pun sebab ada seorang teman FB, Puan Fifiey suruh up kat DTS..jadi ini untuk anda... ^__^
BAHAN-BAHANNYA :-)
12 tangkai sweet pea, kerat 2 setiap satu
1/4 bahagian traffi light capsicum, didadu
2 kelopak kobis bulat, hiris kasar, cuci dan toskan
1 batang lobak merah saiz sederhana, hiris
10 kuntum cendawan butang, belah dua setiap satu
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, be;ah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 kiub ayam, dihancurkan (optional)
1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2-3 titik minyak bijan (optional)
1 keping dada ayam, didadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Sedikit garam*(*disatukan dan perap sekejap)
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
12 tangkai sweet pea, kerat 2 setiap satu
1/4 bahagian traffi light capsicum, didadu
2 kelopak kobis bulat, hiris kasar, cuci dan toskan
1 batang lobak merah saiz sederhana, hiris
10 kuntum cendawan butang, belah dua setiap satu
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, be;ah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 kiub ayam, dihancurkan (optional)
1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2-3 titik minyak bijan (optional)
1 keping dada ayam, didadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Sedikit garam*(*disatukan dan perap sekejap)
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali (mat guna minyak zaitun). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan ayam, kacau rata dan tuang air. Masak sekejap. Masukkan lobak merah dan leek (toskan) masak hingga lembut.
- Masukkan trafficlight capsicum, sweet pea dan cendawan, kacau rata. Akhir sekali masukkan kobis, perasakan dengan garam secukupnya, letak secubit gula dan minyak bijan. Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..