Tampilkan postingan dengan label Urap. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Urap. Tampilkan semua postingan

URAP PEGAGA....UNTUK AWET MUDA..

P1290888
Salam petang semua, nak share resipi awet muda mat gebu..eh ai awet muda okeh, serius, cuma tak leh senyum lahh..terus nampak tua, maklumlah gigi kurang gitu, sebenarnya mat pun berbelah bagi, nak letak ke tak resipi urap pegaga ni, sebab dah banyak kali letak. Tapi dari tak de entri, baik letak...boleh gak membebel. Mat suka makan urap2 ni, kalau perhatikan mat sering buat urap pucuk ubi, daun turi dan juga pegaga ni. Tapi nanti nak buat lah urap daun selom, teragak plak. Selalunya kalau orang jawa, mereka akan campur cekur dalam bahan2 rempah dia, dan juga daun nya sekali, dia akan memberi satu aroma yang harum dan menyenangkan. Dalam resipi ni mat guna 2 inci isi ubi cekur.. Ok jom kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g pegaga yang telah siap di bersihkan, cuci dan tosk kering
10 helai daun cekur yang muda, cuci, tos dan dimayang halus
1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan*
3 biji cili merah*
3 cm isi cekur*
1 cm kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*
Sedikit garam*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pegaga tadi dibuang akarnya, hiris kasar. Daun cekur dimayang halus. Ketepikan. Kelapa parut tadi disatukan bersama bahan tumbuk lumat dan gaul rata2, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.
  2. Gaul kelapa tadi bersama pegaga dan daun cekur, rata2. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

URAP TAUGEH DENGAN KERANG.

P1250374
Selamat tengah hari semua, dah makan?...Mat baru je siap masak, alah hai masak biasa2 jee, dalam2 tu aku buat lah urap taugeh dengan kerang...Nak cerita pasal kerang ni, tu hari kan, tiba2 aku jadi tamak gila, beli kerang 4 kilo!!...tak madan dengan penduduk isi rumah 4 orang. Jadi bila dah rebus tu, isi dia bonda kupas dan simpan dalam peti sejuk. Tebiat mat gebu, selagi benda tu tak habis, aku punya lah risau, hmmm tu yang menderhaka segala benda letak kerang. Tu ada sikit lagi, plan nak masak lemak dengan pucuk ubi nanti, tu pun kalau aku rajin laa, kalau malas tak buat...Hati rasa tak bess ni, kepala pun macam ting tong....Ok lah, ting tong ke men tong ke, masak memang kena, biasalah dok berkepit dengan mak ayah lagi, anak mak koo aku ni, hahaha, nak malu apa, memang betul, bini boleh cari 3-4 orang, mak kita tu lah sorang...kannnnn...perghh sesi meluah perasaan 2011!!...pengsann >_<



BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram taugeh, buang ekor (mat tak buang sebab jenis taugeh kontot)

2 genggam isi kerang yang telah direbus (yang ni ikut budget memasing yea)

3 helai pucuk kunyit, mayang halus

1 cawan kelapa parut putih, pilih yang muda sikit

2 biji cili merah*

5 biji cili padi*

1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan*

6 biji bawang merah*

1 ulas bawang putih*

1/2 inci kunyit hidup*

2 inci isi cekur*

1/2 inci belacan* (*ditumbuk halus)

Garam dan gula secukup rasa



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Taugeh dicuci dan toskan hingga kering. Gaul kelapa parut tadi dengan bahan tumbuk halus, gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (kalau nak renjis sikit serbuk perasa pun ok). Masukkan kerang, gaul hingga rata.
  2. Kemudia gaul taugeh dan hirisan daun kunyit tadi. Goreng tanpa minyak dalam kuali hingga taugeh sedikit lembut tapi masih rangup. Angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain....









MASAKAN KAMPUNG....PROFILE TINGGI?..

Lemak Pucuk Manis
Assalammualaikum, salam Isnin..Malass ke. hahaha jangan sebut malas, mat sendiri pun rasa macam silap, asyik sebut malas, tak berapa nak bess, kalau sebut tak berapa rajin, bunyi dia ala2 berhemah sikit. Ok ni hari nak share lauk2 yang biasa masak di kampung2, tapi berprofile tinggi. Laa bukan nak perli sesiapa, tapi betullah mat gebu kata. Kalau lauk2 yang ada santan itu kira berprofile tinggi juga kan, kecuali anda ganti dengan susu atau yogurt. Kalau perasan lah gambar kat atas tu, mat masak lemak pucuk manis, ni semua angkut balik dari kebun. Kalau ada keledek lagi sedap, tapi dalam stok cuma ada jagung muda, boleh lah dicampurkan sekali, kalau ada cedawan tiram pun sedap, alahh kan kita yang buat dia, janji tak lari jauh sangat ok lahh.

urap pedas daun turi
Lepas tu kan atas permintaan bonda tercinta, mat buat kan pulak urap pedas daun turi, kali ni masukkan sekali dengan bunga2 dia, sedap pulak, dengan rasa lemak2 manis dan ada sedikit pahit pada hujung2nya memberi kan satu rasa yang unik. Urap ni mat pasti ramai dah tau buat, terutama orang2 jawa, kalau sebut urap, kepelbagaian boleh dilakukan, guna pucuk ubi + taugeh boleh, pucuk paku, pegaga dan macam2 lagi lahh...yang ni nanti mat share resipi di bawah yeaa.....Sabar dan bertenangg kan Benn....

cencalok melaka
Dannn yang ni ishh malas nak kata, sedap nih, tapi tak semua makan dan tak berapa sesuai untuk mereka yang ada darah tinggi, gaout dan alergi (macam mat gebu..kenal tak?). Kalau orang Melaka tak makan cencaluk, rasa macam belum cukup tulen, ibarat orang Kelantan lah, tak makan budu, adoii boleh buang negeri, orang Perak dan Negeri Sembilan kalau tak makan tempoyak....perghh..malu nak ngaku sedara..haha keji tak?...Ni semua setakat bergurau senda, jangan pulak dianggap serius..mat gebu main2 jee lahh!!. Ok jom kita lihat resipi senang walaupun ulang tayang tak berapa puluh kali...peduli apa kan blog guaaa..suka guaaa laahhh!..

LEMAK PUCUK MANIS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk manis
4 batang putih jagung
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
300 ml pati santan
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk manis, diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Ramas2 sedikit pucuk manis tadi. Putik jagung dicuci, hiris serong setiap batang dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bawang merah, bawang putih, udang kering dan santan cair, masak hingga mendidih, tambah putik jagung, masak sekejap.
  3. Masukkan pucuk manis tadi, kacau dan biar hingga lembut sedikit. Tuang pati santan, dan jika kurang kuah, tambah sedikit air. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.
URAP PEDAS DAUN TURI ....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi muda,
10 kuntum bunga pokok turi
3/4 cawan kelapa parut putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
10 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun turi diasingkan dari tangkainya, bunga turi di potong sedikit jika besar, Cuci kedua2nya dan ramas sedikit, kemudian toskan hingga kering.
  2. Kelapa parut putih tadi digaul rata2 bersama bahan tumbuk halus, rasa dan jika perlu masukkan sedikit garam (mat tak letak, sebab belacan dan udang kering dah masin).
  3. Kemudian masukkan daun + bunga turi tadi dan gaul hingga mesra. Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak hingga daun turi lembut sedikit. Angkat dan hidangkan..
CENCALOK MELAKA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Cencalok secukupnya
3 biji bawang merah, hiris halus
10 biji cili padi, hiris halus
Jus limau kasturi secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cencalok di buang sedikit airnya. Masukkan dalam bekas bersama cili padi dan bawang merah hiris, kacau rata. Tambah jus limau kasturi secukupnya, perlu ada rasa masin, masam dan pedas. Hidangkan bersama nasi hangat...hmmm