Tampilkan postingan dengan label Pencuci Mulut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pencuci Mulut. Tampilkan semua postingan

SORBET STRAWBERRY BERKRIM...

rsz_dsc_4106
Salam semua, cuaca kat Johor ni panasnyaa...hmmm, semalam perasan tak kat kek yang mat buat ala2 teh tinggi tu..ada strawberry kan. Yang tu buat perhiasan saja, sebab rasa dia kan masam, serius, budak2 takmo, harga dah lah boleh tahan. Mat terus plan nak buat sorbet, sorbet ni ala2 aiskrim dari pure buah2an. Tapi kali ni mat campur baki whipping cream dalam 50 ml. Sesuai makan masa cuaca panas ni, tapi tulah, cepat cair sebab cuaca panas kat tepi tingkap, kena pulak kipas angin, huhu. Apa2 pun memang nyaman masuk dalam tekak. Buat dia mudah saja. Mat cuma guna stoberi, lepas tu air gula dan whipping cream. Buah stoberi segar untuk hiasan. Ok, jomm kita semak resipi senang ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram strawberry buang pangkalnya cuci dan lecek halus
4 - 5 camca besar gula*
1/2 cawan air*(*dimasak hingga gula hancur dan sedikit pekat, sejukkan)
50 ml whipping cream
Buah strawberry segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Strawberry lecek tadi dicampur ke dalam air gula pekat. Kacau rata dan masukkan dalam bekas, tutup bekas dan bekukan dalam freezer selama 5 - 6 jam. Mat guna tempat buat air batu yang petak2 tu..
  2. Keluarkan dari freezer dan keluarkan adunan tadi dari bekas. Masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 whipping cream tadi. Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang kembali dalam bekas (atau tupperware), tutup dan bekukan sekali lagi untuk 5 - 6 jam. Bila ok, boleh cedok dan hidangkan, hias dengan stroberi jika suka....

PULUT SERAWA DURIAN..

rsz_dsc_3010
Salam malam semua, entri terakhir mat hari ni...hmm penat sikit lah, kaki pun alhamdulillah makin bertambah elok, tak sakit, cuma sengal sikit2 siaa.. Oh yea sebelum terlupa, mat nak ucap Tahniah pada geng FB Puan Amy Isaiah, dia ni Nyonya Pranakan Melaka, suami dia Melayu, tu hari Amy baru dapat baby...erkk aiseymen lupa nak tanya baby apa..huhu, takpa lah janji semua selamat walaupun ada sedikit komplikasi...Syukur Alhamdulillah. Berbalik pada entri malam ni, mat buat atas permintaan ayahanda, 2 hari lepas ada sedara mat kasi 3 biji durian, awal dia kata nak buat kuah serawa, takde pulut pun takpa, boleh cicah roti, tup2 pagi tadi dah ada pulut dalam 1 kg, dan itu bermakna, kena buat pulut serawa durian..hmm takpelah bukan susah, bahan2 dah ada cukup, tinggal masak. Kukus pulut pun senang sebab mat gune pengukus letrik, cepat, bersih dan kemas. Entri pilihan DTS malam ni ---> di sini...

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...

PUDDING SAGO GULA MELAKA WIF RED RUBIES.

rsz_dsc_2319
Salam petang semua, dah minum petang?... Mat lewat masak sikit tadi. Memang plan nak buat pencuci mulut ni 2-3 hari lepas, tapi tu lah, kalau tak dipaksa, sah tak buat lagi, memandangkan bonda berpuasa hari ni, jadi boleh juga dihidangkan nanti sebagai pencuci mulut. Buatnya mudah, nampak macam rumit. Red rubies tu mat guna water chesnut atau sengkuang cina. Kalau nak guna sengkuang biasa pun boleh, tapi pilih yang segar dan bersaiz sederhana. Untuk mendapat warna merah kita rendam dalam pewarna makanan merah kurang lebih 20 minit, kemudian salut dengan tepung ubi, dan rebus dalam air mendidih, bila sengkuang timbul, cedok dan rendam dalam aia ais. Kebiasaanya ia dimakan bersama santan dan air gula melaka. Ia sedap dihidangkan sejuk. Ok kita semak resipi yea...jommm..

BAHAN-BAHAN PUDDING SAGO :-)
300 gram sago rumbia, cuci dan toskan
3 liter air
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh pewarna hijau makanan

BAHAN SIRAP GULA MELAKA :-)
1 ketul gula melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan air

BAHAN-BAHAN RED RUBIES :-)
200 gram sengkuang cina yang telah dibersihkan, dadu kecil cuci dan toskan
1 camca teh pewarna merah makanan
2 camca besar air
4 camca besar tepung ubi
1 mangkuk besar air berais

BAHAN SANTAN :-)
1 1/2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh tepung jagung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PUDDING SAGO :- Satukan air bersama daun pandan, pewarna hijau dan garam ke dalam periuk, jerang hingga mendidih, masukkan sago rumbia, sederhanakan api dan masak sambil dikacau hingga sago menjadi jernih. Keluarkan daun pandan. Tuang sago tadi dalam tapis dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya. Masukkan dalam acuan yang sesuai, dan simpan dalam peti sejuk.
  2. UNTUK SIRAP GULA MELAKA :- Satukan semua dalam periuk, kacau dan masak hingga mendidih dan gula hancur. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Tapis dan sejukkan.
  3. UNTUK RED RUBIES :- Jerang air hingga mendidih (anggaran 3 liter). Toskan sengkuang yang berendam pewarna merah tadi. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik bersih. Masukkan juga tepung ubi, goncang plastik tadi sehingga semua sengkuang bewarna besalut tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak untuk membuang lebihan tepung. Masukkan ke dalam air mendidih, kacau perlahan dan bila ia timbul, cedok dan alih dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar terendam hingga masa diperlukan.
  4. UNTUK SANTAN :- Satukan semua bahan, kacau rata dan jerang dengan api kecil, sambil dikacau selalu hingga santan suam dan pekat. Sejukkan.
  5. UNTUK PUDDING SAGO GULA MELAKA WIF RED RUBIES :- Keluarkan pudding sago dari acuan, letak dalam bekas sesuai. Sudukan santan, diikuti sirap gula melaka atas pudding tadi. Letak pula red rubies sekeliling dan sedikit pada bahagian atasnya. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut...

BUBUR PULUT HITAM DENGAN LONGAN..

rsz_dsc_1546
Mengantuk sekarang ni, ingat lepas tulis entri ni mat nak tidur lah.. Hari ni Khamis bonda dan abang long berpuasa, jadi masak lewat sikit. Samping tu mat buat juga bubur pulut hitam campur dengan buah longan. Pulut hitam kebiasaannya jika kita nak buat bubur, kena rendam semalaman, ini lebih memudahkan ia kembang masa proses merebus. Dan selalunya pulut direbus hingga "pecah perut" <-- istilah orang Johor) atau kembang. Baru diletak gula secukup rasa dan santan cair. Satu lagi wajib ada pati santan yang dicampur dengan sedikit garam, kemudiannya disudukan atas bubur pulut hitam tadi sebelum dimakan. Mat rasalah kan, bubur pulut hitam yang ada campur longan ni, lebih pada pengaruh orang peranakan baba nyonya. Sebab mereka kan suka buat pembaharuan sesuatu masakan sehingga ia menjadi identiti mereka pulak. Jom lihat resipi pulak..Entri pilhan DTS kali ini ---> di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam semalaman
1 tin longan
1 helai daun pandan
Air secukupnya
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1 cawan air*(*dimasak hingga larut dan tapis)
Gula secukup rasa
700 ml santan cair
300 ml pati santan*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus beras pulut hitam hingga pecah perut (kembang). Masukkan daun pandan, air gula melaka, tuang longan bersama airnya sekali dan juga santan cair. Kacau rata dan biar mendidih, guna api sederhana.
  2. Rasa dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Bubur akan pekat bila sejuk dan boleh tambah sedikit air jika perlu.
  3. Ceduk bubur tadi dalam mangkuk sesuai, sudukan pati santan tadi atasnya dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Boleh dihidangkan sejuk atau suam..

TRIFLE ISTIMEWA MAT GEBU LAGI.....EHEM EHEM..

rsz_dsc_1175
Salam semua, dah minum petang?...Mendung dan sekejap2 hujan kat sini. Dingin dan berangin sahaja. Entri kali ni mat letak pulak pencuci mulut. Buat semalam untuk tetamu. Kalau lihat ia biasa2 saja, kang ada pulak yang ngata, si mat tu perasan lahh kononn tu trifle istimewa lah sangat...haha, takpe lah. Aku buat jadi suka hati lah nak letak nama apa pun, esok korang buat letak lah jenama lain pulak, nak letak nama trifle timah meletop ke, semua boleh korang nya pasal situ, aku tak kesah. Trifle ni sedap dimakan sejuk dan nak lagi sedap, buat malam, esok baru makan, serius, tak caya, try buat sendiri. Rasa mat resipi ini boleh makan 10 orang, tu pun sampai licin lah..kalau jenis nak sopan2, dalam 8 orang boleh lahh. Buat dia senang, apa yang utama kena organize baru ada aturan dia dan tak mudah lupa. Ok semak resipi pulak, sama macam resipi terdahulu..Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini...Terima kasih..

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin.

CATATAN MAT GEBU :- Untuk lihat gambar langkah demi langkah anda boleh ke sini...terima kasih.

PEACH JELLY.....NYAMAN DI TEKAK....

P1300281
Salam petang semua, panaskan, cer bayangkan jelly tu dok lalu kat terowong tekak kita..aduhh nyaman kan. Pulak2 dihidangkan dingin, dengan hirisan buah peach dan kalau suka boleh curahkan sedikit susu cair hmm, sedap kan. Sebenarnya ini baki peach yang mat guna tu hari, jadi berbaki dalam 200 gram, menyemak je dalam peti sejuk, baik tukarkan pada sesuatu..betul tak?. Ini sebenarnya olahan dari resipi2 lepas yang dah banyak kali mat oter. Terima kasih pada pemberi resipi asal. Mat guna jelly jenama konnyaku. Ok mat ulang balik yea, dulu ada yang tanya CM apa beza serbuk jelly and serbuk agar2. Serbuk jelly ni, kalau membeku, teksture nya akan jadi liut, bergegar dan agak kenyal2. Kalau serbuk agar2, dia keras macam tu saja, dan mudah patah... Itu secara ringkas lah..apa2 pun kena cuba baru tau perbezaannya yea..Psttt...nak idea untuk berbuka, cer klik sini.. (^_*) Ok semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu segar (mat guna 150 ml susu sejat + 50 ml air)
2 - 3 titik pewarna kuning telur
200 gram isi buah peach dalam tin*
125 ml air*(*dikisar)
Sedikit buah peach didadu untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula, pewarna kuning telur dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih, tuang susu segar dan kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree peach tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati , kemudian tuang ke dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam (tak sampai 30 minit dah keras) atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga hiaskan dengan buah peach yang didadu tadi..

PENGAT LABU CHA-CHA....PENGAT南瓜粥恰恰

P1260179
Salam semua, selamat sejahtera, apa khabar...sehat ke, yang demam tu jangan lupa makan ubat, rehat cukup2 yea...kalau yang ketagih berblog tu macam...macamm...macam mat gebu kee..macamm...ehem ehem ke, janga lupa rehat cukup2. Ni tadi mat buat pengat labu, atas permintaan bonda, tapi pengat labu encer jeee, guna santan sikit..encer tu maknanya cair dalam bahasa Indon. Ni labiu baki tu hari, ada 1/2 biji saiz kecik, mat campur dengan bubur cha-cha dan juga biji sagoo. Kali ni guna gula melaka pulak. Resipi ni senang, blog mat sekarang ni semua resipi biasa2 jeee kan, senang dan mudah buat punya, bukan apa orang2 muda yang baru nak ke dapur boleh lah cuba. Bagi yang tak nak guna santan, apa kata cuba ganti dengan susu rendah lemak atau susu sejat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis, buang biji, kupas dan didadu besar2, cuci dan toskan
1/4 cawan bubur cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan
3/4 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/4 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula cair, dan tapis)
350 ml santan pekat
Air secukupnya
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus labu bersama secukup air (agak2 tenggelam labu) bersama daun pandan dan sago biji hingga labu 3/4 empuk. Masukkan air gula dan kacau rata. Masukkan bubur cha-cha dan tambah santan pekat.
  2. Bila mendidih, masukkan garam, kacau dan rasa jika perlu tambah gula secukup rasa, terpulang tahap kemanisan yang anda sukai, tapi pada mat, manis2 buah sudah memadai. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan sejuk atau panas...

NENAS OHH NENAS....PROMOT BLOG 2 - 10.

P1250740
Assalammualaikum, selamat petang...bz nih, bukan Ben Ashaari jee Bz kat ofis yeaa..pakcik mat pun Bz...sampai bosan dah ni..jangan tatau, tapi nampak macam mat gebu bersenang lenang kaya raya bahagia jee kan kat blog...kejap ada kat Sahabat Blogger..kejap kang kat YM..kejap kang Up N3 baru...hadoi, masa itu emas okeyyy...Kali ni N3 simple gila, semua cerita pasal Nenas saja..nenas sarawak yang manis ni, amat sesuai untuk tekak mat gebu yang ketat dan perit nihh.. Yang atas tu mat buat air nenas kayu manis...wahh ada yang pengsan lahh tu, tapi memang sedap koo, nyamann siaaa, harumm jeee....serius ni waa cakap sama luu...

P1250730
Lepas tuu kan, aku tak puas lagi ni menghadap nenas, jadi seperti biasa, hiris2 pulak nenas tu, renjis2 dipilis kan dengan kicap masin, patah kan cili padi (tapi dalam gambar aku hiris). Biar kejap, hmm santap lahh, tapi jangan pelahap sangat selow2 makan..nikmati sepenuhnya...pengsannnn!!.. Ok kali ni promot n3 blog budak jantan pulak...haha, Allah nampak tak elok benoo kurang sedap..ok lah..tukar2..blog jejaka pulak..kita lihat blog sapa eks..

Erkk...kontot jee header, tu jee yang boleh pakcik mat PSC. Ini blogger pertama yang tinggal kan link kat wall SB pakcik mat, jadi pakcik mat UP kan link blog dia untuk promot blog kali ni, tak de niat apa2 yeaa. cuma nak tolong menolong sesama blogger jee...untuk ke blog zack entry sila klik sini....

AIR NENAS KAYU MANIS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nenas yang telah didadu kecil
1 batang kayu manis (kurang lebih 2 cm)
1/4 cawan gula pasir
1 cawan air
Secubit garam
Ais krim soda secukupnya
Air masak secukupnya
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nenas, gula, kayu manis, air dan garam, didih kan hingga pekat. Sejukkan. Tuang dalam juga, masukkan air masak secukupnya dan tuang ais krim soda (yang ni agak2 lah yeaa).
  2. Letak ais kiub dan biar sejuk. Hidangkann....

NENAS CICAH KICAP PEDAS....
Hirisan nenas secukupnya
Kicap lemak masin (mat guna jenama Jalen)
2-3 biji cili padi, patah2 kan..

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Renjis kicap atas nenas, patahkan cili padi. Hidangkan segera atau pun sejukkan.....pengsannnn >_<

MOUSSE MANGGA @ มูสมะม่วง

P1250463
Ohhhh....arghhh..nyamannyaaa...hmmm, alah tak cukup lah 1 gelas...tak pe aku belasah 2 gelas..haha, sedap nya mango mousse nie. Resipi mat ambik dari blog Kak Nor, di sini.. tapi resipi strawberry mousse dari Yani. Kak nor tukar guna mangga, jadi mat gebu pun sama, guna mangga juga, bukan mangga rumah atau majalah mangga tapi buah mangga a.k.a buah pelam (shhh belah pantai timur jgn sebut "buah pelam"..dosaaaa!!!..mat tatau yeaa kalau anda sebut jugaa..haa kan dah, sapa suruh sebut..ayooo.)...hadoi pitam kejap...mmmmmmmmmmm.. tarik nafas kejap......

P1250465
Amacam tak tergoda kee? Buat dia senang je, guna gelatin halal, tapi kan kalau nak try guna jelly powder pun boleh, guna sikittt jeee, pandai lah adjust, tapi mat belum derhaka lagi, cuma cadangkan saja, kang tak jadi jangan marah mat gebu pulak. Apa2 pun terima kasih mat pada kak nor secubit garam sebab ni idea dari blog dia, dan juga Yani....Jomm kita lihat resipi senang nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 gram gelatin (mat guna kurang lebih 1 camca besar)
100 ml air panas
200 gram isi buah mangga
50 gram gula halus (resipi asal 70 gram)
1 camca besar jus lemon (mat guna jus oren)
200 ml whipping cream

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar isi mangga dan gula halus serta whipping cream hingga sebati. Ketepikan. Masukkan gelatin dalam air panas dan kacau hingga larut dan jernih. Masukkan dalam kisaran buah mangga tadi bersama dengan jus oren, kacau hingga sebati.
  2. Tuang dalam bekas sesuai, simpan dalam peti sejuk hingga beku. Hias dengan potongan buah mangga sebelum dihidangkan. Sedap dimakan kala dingin..

AGAR-AGAR NESCAFE.

Agar-Agar Nescafe
Ehem..ehem..panas kan cuaca ni hari, tadi mat saja2 lah mengodek dapur ku yang ala2 dapur hotel tu (sebab berselerak!!), tiba2 tergerak hati nak menerai satu resipi lama mat dah simpan, tak ingat dah ambik kat mana, mungkin dalam satu majalah awal tahun 90-an dulu. Agar2 Nescafe ni ada letak nata de cocoa lagi...wahh macam bess kan, cuaca panas2 nihh makan yang sejuk2. Jadi bahan2 dah ada, mat gebu mulakan lah projek dia...wahhh menjadi koo, cuma kan..cumaa...alahh, sebab nak cepat, belum berapa nak sejuk 100%, mat gebu telah menelungkupkan nya..erkk nasib baik dia lekat antara gelap dan terang tu cuma tepi dia sedikit bersememeh..alaaa, tak puas hati, habis tu nak buat macam mana, dah ter ter ter buat...redha jeee lahhh..kalau sesiapa nak buat pasti kan agar2 tu sejuk betul2 dalam peti sejuk selama 2-3 jam yea...

BAHAN A :-)
12 gram serbuk agar2
500 ml air
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 camca teh nescafe
1/2 camca teh perisa "mocha"
1/3 cawan "nata de cocoa"

BAHAN B :-)
12 gram serbuk agar2
350 ml air
150 ml susu sejat "Ideal"
1/2 cawan gula pasir (luakkan 1 camca besar)
1 1/2 camca teh nescafe

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan-bahan A, kecuali nata de cocoa, masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan gula hancur. Sedia kan bekas, letak nata de cocoa pada dasar acuan. Kemudian tuang agar2 tadi. Biarkan mengeras sedikit.
  2. Sementara itu, satukan semua bahan-bahan B, kacau rata dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan gula hancur. Matikan api.
  3. Pada agar2 yang telah keras tadi, cakar2 permukaannya dengan garfu. Perlahan2 tuang no. 2, hingga habis, biar kan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam sehingga betul2 keras. Sedap dihidangkan sejuk...

AGAR-AGAR SERI KAYA.

Agar-Agar Seri Kaya
Assalammualaikum..jumpa lagi bersama N3 mat gebu...perasan tak nampak macam skema habis, ala2 mengong kan intro tu..dan beratus N3 blog tapi intro sama je, begitu lah kalau bukan blogger kreatif dalam penulisan, cuma tau masak2, menderhaka resipi dan menggayakan makanan (tu pun tak de lah pro mana..setakat amatur jee). Ok nak share lah kali ni dengan satu N3 pencuci mulut, agar2 seri kaya..ni kira sepupu agak2 lumut jee..tapi tak guna gula merah. Ni saja je letak, kot2 ada yang nak mencuba. Resipi pun biasa jee tak de yang istimewa...mat tulis yea resipi senang ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 gram agar-agar serbuk
2 helai daun pandan
800 ml air
3/4 camca teh paste pandan
1/2 cawan + 2 camca besar gula pasir
200 ml pati santan
1/2 biji telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan ambik 1/2 bahagian)
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan agar-agar serbuk, gula pasir, daun pandan, paste pandan besama air tadi. Kacau dan jerang atas api hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  2. Sementara itu, satukan pati santan bersama 1/2 bahagian telur, esen vanilla dan garam, kacau rata2. Tuang dalam adunan agar2 tadi, kacau perlahan dan biar sehingga bancuhan santan kelihatan berbiji2.
  3. Matikan api, buang daun pandan dan tuang dalam bekas kegemaran dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan dingin.....

ALMOND JELLY

Almond Jelly
Cakkk....hehe, jumpa lagi, adehh macam kurang betul pulak kan bila buat macam tu. Assalammualaikum semua para pengunjung blog tak kira di mana anda berada... Wahhh, lagi rasa tak betul..apa2 jee laah kann. Ok petang ni saja nak share satu resipi mudah, senang, ringkas dan boleh menyejukan tekak yang panas, badan yang panas dan juga mood yang panas. Biasalah kita manusia kan, memang ada kala mood panas. Mat pun ada kala panasss...hangin, tapi tetap buat2 biasa, relekss dan bertenang...kan Ben, jangan mudah marah, nanti darah tinggi naik..tak mo itu macam okey. Pernah dengar Almond Jelly..benda ni sebenarnya jelly berperisa badam dan dimakan ala2 cincau, makan dengan laici atau buah longan dalam tin...sedapp bila masuk dalam tekak tapi syaratnya mesti disejukkan.....nyamannn jeee..

BAHAN UNTUK ALMOND JELLY :-)
300 ml susu sejat "IDEAL"
200 ml air
3 1/2 camca besar penuh gula pasir
3/4 camca teh "Jelly" powder (mat guna konnyaku jelly powder)
3-4 titik esen badam (jangan banyak sangat, nanti pingsan!)
Pewarna ikut suka (kalau nak biar kaler putih pun ok)

BAHAN LAIN :-)
Air masak secukupnya
Sirap gula secukupnya
1 tin laici
Ceri merah untuk hiasan
Kiub ais secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PENYEDIAAN ALMOND JELLY :- Satukan susu, air, gula dan serbuk jelly dalam periuk, kacau rata dan jerang atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih. Matikan api, masukkan esen badam dan juga pewarna makanan pilihan (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas 6 x 6 x 3 inci. Biar hilang wap panas kemudian simpan dalam peti sejuk hingga jelly mengeras.
  2. UNTUK ALMOND JELLY :- Jelly yang telah keras tadi, dipotong kiub atau ikut kreativiti masing2. Letak dalam mangkuk sesuai. Masukkan isi laici, jusnya, kiub ais dan air. Tambah sirap gula secukup rasa. Masukkan almond jelly tadi bersama ceri merah sebagai hiasan. Kacau perlahan dan boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...

BUBUR PULUT HITAM

Bubur Pulut Hitam
Assalammualaikum semua...ni hari, jadual padat, mana tak padat..part "malas" pun aku masukkan sekali, jadi terlebih padat lah...psstt..tadi kan mat pi TESCO Kulai, sekali...ternampak kan...satu kuali kan...adoii bess lahh macam sudah kenan jeee..3-4 kali aku tawap koo kat situ, yang mat kenan tu kan kuali untuk grill, yang ada garisan2 tu, yang kenan teramat sangat sebab ianya berbentuk ikan, bujur...waahhh...tapi...harga dia kan...macam tak berapa nak kenan laaa.....mahal leer, RM 199+....erkk..terus dengan sopan lagi berhemah mat gebu berlalu tanpa menoleh lagi, aku keciwaaa...TAPI, nanti lahh...diam2 jee esok, tau2 dah guna kat dapur..ahaks. Ok ni hari cuma nak share bubur pulut hitam jee..Tau tak mat dah rendam masuk 2 hari tau pulut ni, semua gara2 kelapa habis dijual, jadi hari ni setelah diusahakan, maka jadi lah bubur pulut hitam seperti dalam gambar..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 3/4 cawan gula (ikut manis masing2 yea)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pulut hitam tadi hingga kembang atau guna periuk tekanan, selalunya ambil masa dalam 20 - 25 minit saja. Alihkan ke dalam periuk lain. Ketepikan.
  2. Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk pati santan. Ketepikan. Kemdian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
  3. Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam dan santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  4. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Pati santan tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan. Kami orang2 Johor memang wajib ada pati santan kalau makan bubur pulut hitam....

PENGAT KELADI

Pengat Keladi
Salam semua, n3 sebelum petang, mat nak share pengat keladi. Kalau di Johor kan, orang dia suka makan pengat tika berbuka puasa. Ada macam2 jenis, dan mat sebenarnya paling suka pengat nangka. Baru2 ni kak ipar mat ada buat pengat ubi kayu...hmm sedapp..Tapi yang ni mat share pengat keladi, alah hai pengat keladi pun nak share kee..haha, eh betul, nak tak, ambik lah bekas. Kalau ikut kan tak payah letak resipi pun boleh...mesti ramai tau buat. Kalau nak meriah, boleh tambah keledek, labu dan ubi, kalai nak letak bubur cha-cha pun sedap juga...ok jom jeling2 sikit resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku sederhana keladi minyak
1 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 liter santan cair
200 ml santan
1 ketul gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Keladi, dikupas, potong dadu sederhana besar, cuci dan rebus hingga sedikit lembut. Toskan. Gula melaka, gula pasir dan 1 helai daun pandan di masak dengan 2 cawan air hingga gula larut, tapis dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan keladi, baki daun pandan, santan cair dan sagu, masak hingga mendidih hingga keladi lembut. Tuang air gula dan masukkan santan pekat, tambah sedikit garam. Kacau dan biar mendidih. Kalau pekat boleh tambah sedikit air. Hidangkan panas atau sejuk...

BUBUR SOM-SOM PANDAN

bubur som som pandan
Salam semua, hari ni mat buat satu resipi khas untuk mereka2 yang kurang sihat, tapi kalau melantak tak ingat pun, benda ni boleh juga menambahkan penyakit, laaa tak caya ke, bubur som-som kan ada campur santan kelapa lepas tu dimakan bersama sirap gula melaka yang sweet2 17 tuu. Ini kan menjadi tradisi orang2 dulu, terutama di Rembau, kalau melawat waris2 yang sakit, mereka akan mengacau bubur som-som. Resipi asal dari sorang teman blogger Singapura nama "Suhana", yang dah lama menyepi diri dari dunia blog, moga ana sihat sejahtera. Ok jom lihat resipi mudah, psstt yang asal kaler putih, tapi mat gebu derhaka..hehehe, tak madan dengan sakit.. aiman tak kesahhhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung beras
2 camca besar tepung ubi
1 biji kelapa, diparut putih
3 helai daun pandan, dikerat kecil*
1 cawan air*(*dikisar halus)
1/4 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam

BAHAN SIRAP GULA MELAKA :-)
1 ketul gula melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan pandan yang dikisar tadi ke dalam kelapa parut, tambah air anggaran 3 cawan, ramas dan perah santannya. Ulangi proses memerah (tambah air secukupnya) sehingga mendapat 7 cawan santan. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, tepung ubi dan garam, gaul rata dan tuang santan, kacau dengan whisk hingga tidak berbintil2. Tapis dan tuang dalam periuk, masukkan simpulan daun pandan dan masak atas api sederhana.
  3. Kacau tanpa henda hingga bancuhan pekat, licin dan kelihatan berkilat. Kacau lagi sekejap anggaran 1 - 2 minit tapi. Kaluarkan daun pandan, dan tuang dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. Ratakan dan biar keras. Potong kecik, isi dalam mangkuk sesuai dan tuang sirap gula melaka. Sedap dihidangkan sejuk..
  4. UNTUK SIRAP GULA MELAKA :-Satukan semua bahan2 untuk sirap gula melaka, masak hingga gula melaka hancur, kecil kan api dan terus renih hingg sirap sedikit pekat. Matikan api, bila sejuk, tapis gula tadi. Hidangkan bersama bubur som-s0m

PENGAT 1 MALAYSIA

Pengat 1 Malaysia
Salam satu Malaysia untuk semua dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52. Sempena hari bersejarah ini, mat pun buat lah satu jenis pengat yang dalam dia ada macam2 benda, ibarat negara kita yang masyarakatnya majmuk ada 3 kaum besar, Melayu, Cina dan India dan banyak lagi kaum2 lain. Lepas tu bila dah duduk selonggok dalam satu komuniti, mulalah terjadinya perkahwinan campur pulak...cina kawin dengan india, anak dah rupa ala2 melayu, india kawin dengan melayu, anak macam hindustan, cina kawin dengan melayu, anak jadi jadi modern "peranakan"..ahaks, hambik koo!!....kira all blended into one gitu u...

Pengat 1 Malaysia
Ni, kira pengat biasa2 je...Jadi resipi pun senang sangat. Orang2 belah Johor kan suka tau makan pengat dan manisan macam ni terutama bulan2 puasa. Rasa tu bergantung lah, tapi yang sedap, pengat yang rasa manis2 manja gitu..bukan jenis manis peringkat "ICU"...serammm kann...Resipi bawah ni asal kejadiannya agak banyak, jadi buat ikut kesuaian masing2 yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan ubi keladi yang didadu
2 cawan ubi keledek yang didadu (pilih yang warna oren)
2 cawan ubi kayu yang didadu
2 cawan labu manis yang didadu
1/3 cawan bubur cha-cha
2 camca besar biji sagu rumbia
1 1/2 liter santan cair
500 ml pati santan
2 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, dihiris*
2 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Keladi direbus hingga lembut, toskan.Bubur cha-cha dicuci dan rebus hingga lembut, toskan. Biji sagu rumbia dicuci dan toskan. Dalam periuk, masukkan ubi, keledek, daun pandan dan biji sagu rumbia, masak hingga mendidih dan sederhanakan api dan masak hingga keledek dan ubi 1/2 lembut, masukkan labu dan masak hingga lembut.
  2. Tambah keladi, air gula dan bubur cha-cha tadi (gula ni agak2 lah, kalau bulan tak puasa boleh lah rasa, kecuali kat rumah ada "ah kak" yang tak leh puasa!!!). Tambah 1/4 camca teh garam. Biar mendidih.
  3. Tambah santan pekat dan masak lagi 1 - 2 minit, kacau sekali sekala. Matikan api dan hidangkan semasa berbuka puasa...Gula tu tadi kalau rasa macam byk sangat, jgn masukkan habis, masa berbuka tu kalau rasa kurang manis, boleh lah tambah sikit lagi air gula merah tadi....

SERAWA DURIAN

Serawa Durian

Salam untuk semua, selamat petang..Buat apa tu?... Semalam, masa belanja barang2 dapur, masa melintas berhampiran peniaga durian, terus mat terhenti...Tengok2 dan belek2..kita rembat lah juga...Selain dimakan begitu atau dibuat tempoyak, mat buat juga serawa durian yang dimakan dengan pulut...Nak makan dengan roti atau biskut cream cracker pun sedap....Jemput makan semuaa....

BAHAN KUAH :-)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
500 ml air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
10 - 15 ulas durian (ikut budget masing2 yeaa!!)
1500 ml santan kelapa
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
3/4 camca besar tepung gandum + 2 camca besar air

BAHAN PULUT :-)
1 kg beras pulut, cuci dan rendam 30 minit
750 ml santan cair
1 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Toskan pulut dan ratakan dalam loyang (mat guna loyang bulat 12 inci. Bancuh garam dan minyak bersama santan, kacau rata dan tuang dalam pulut tadi. Letakkan simpulan daun pandan dan kukus 25 minit. Kemudian, gemburkan pulut dan kukus lagi 7 - 10 minit. Boleh matikan api.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan air gula yang ditapis tadi, durian, daun panda dan santan. Masak hingga mendidih, tambah garam dan kacau rata. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi gula pasir. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan masak dengan api perlahan hingga kuah pekat sedikit.
  3. UNTUK SERAWA :- Ceduk keluar pulut dan isi kan dalam bekas sesuai. Hidangkan bersama kuah serawa durian tadi. Selain pulut, nak makan dengan roti boleh, lempeng boleh, roti jala pun bolehhh....Selamat mencuba yeaa!!!

PUDING PERMATA

Resipi kutip kat blog kak jun, dan kak jun pulak kutip kat MyResipi. Rossitamz tuan punya asal resipi. Tapi mat buat agar2 coklat dia tu belum keras sangat dah hasil tak secun kak jun buat. Tapi rasa not bad!!!..

Bahan A :-)
300 ml air
200 ml susu cair
125 g gula
2 camca besar serbuk koko
1 camca besar serbuk agar2

Bahan B :-)
500 ml air
400 ml susu cair
250 g gula
10 g serbuk agar2
1 1/2 camca besar tepung kastard*
3 camca besar air*(*disatukan)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2.
  2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong...

SAGO PEARL PUDDING

Resipi dari "Gert"....dia buat cantik dan comel2...geram wooo!!!! Itu yang teruja sangat nak mencuba, rasa sedap dan rupa pun cun....kalau rajin boleh cuba buat yeaa....

Bahan-Bahannya :-)
20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning (atau ikut kegemaran)

Cara membuatnya :-)
  1. Redam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
  2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. Ketepikan.
  3. Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
  4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
  5. Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya.
  6. Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah. Biar sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, sebelum dikeluarkan dari acuan....selamat mencuba semuaa!!!

RED RUBIES

Red Rubies @ Delima Merah, memang mat suka, kalau tak suka guna santan sebagai kuah boleh ganti dengan susu segar atau susu sejat....

Bahan Utama :-)
300 g water chesnut (sengkuang cina, boleh lihat gambar disini)
1 camca teh pewarna merah*
2 camca besar air*(*disatukan)
4 camca besar tepung ubi
2.5 liter air ais
3 liter air

Bahan Lain :-)
Air gula (masak 3/4 cawan gula pasir dengan 3/4 cawan air dan 2 helai daun pandan)
500 ml santan pekat/susu cair/susu segar*
1/2 camca teh garam*(*disatukan)
Air batu secukupnya

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas sengkuang cina (kalau susah nak dapat, boleh guna sengkuang biasa), cuci dan potong dadu, rendam dalam bancuhan warna merah dan biar 20 minit. Toskan dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi dalam beg plastik tadi, dan goncang hingga sengkuang tadi disaluti tepung ubi, ayak untuk membuang lebihan tepung.
  2. Panaskan 3 liter air hingga mendidih, masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung ubi tadi dan biar hingga timbul. Cedok keluar biji2 delima yang timbul tadi dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar biji delima berendam dalam air ais.
  3. CARA PENYEDIAAN :- Dalam mangkuk sesuai, cedok keluar isi biji delima mengikut kuantiti yang dikehendaki, tuang pati santan dan juga air gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Letak air batu seckupnya. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...Selamat mencuba!!!